
Pebble Mengurangkan 25% Tenaga Kerja
Pebble, sebuah syarikat startup dari Kickstarter paling berjaya dilaporkan telah menamatkan servis 25% tenaga kerja mereka. Langkah yang diambil bagi menjimatkan kos operasi itu melibatkan 40 pekerja mereka dan menurut Eric Migicovsky (CEO Pebble) mereka terpaksa berbuat demikian bagi menjaga kestabilan syarikat pada masa hadapan.
Eric Migicovsky berkata Pebble masih mempunyai struktur kewangan yang kukuh, namun dengan tren pengeluaran smartwatch dan keadaan ekonomi ketika ini, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga demi kepentingan syarikat. Menurut beliau mahu Pebble meletakkan fokus yang lebih kepada fungsi kesihatan dan kecergasan memandangkan majoriti pengguna wearable amat mementingkan fungsi tersebut.


