Rocket League Sudah Bersedia Untuk Permainan Kolaborasi Xbox One Dan PS4

808
- Iklan -

Microsoft baru-baru ini telah mengejutkan komuniti peminat permainan video dengan mengumumkan mereka sentiasa bersedia dan bersifat terbuka sekiranya permainan video mereka mahu diintegrasikan pada platform lain.

Pengumuman itu jelas mendapat perhatian yang sangat menggalakkan dari komuniti pemain kerana ini membolehkan mereka bermain secara crossplatform dengan lebih kerap, selain itu ia juga akan mengembangkan lagi komuniti pemain bagi satu-satu judul permainan.

Menurut beberapa pemerhati, pengumuman itu seumpama ajakan atau tawaran kepada Sony untuk bekerjasama dalam menjadikan judul permainan lebih terbuka. Antara judul yang disebut-sebut dan diminta peminat adalah Rocket League, ini kerana tidak lama dahulu pihak pembina permainan telah mengumumkan mereka sudah mempunyai solusi untuk menghubungkan pemain pada platform Xbox One dan PS4, namun mereka harus mendapat lampu hijau dari Sony dan Microsoft.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan judul ini bayangkan permainan bola sepak yang dimainkan menggunakan kereta. Jangan lepaskan peluang sekiranya anda berpeluang untuk mencuba permainan ini, ianya memang menyeronokkan!