Internet Berkelajuan 300 Mbps Pada Harga RM189!

untitled

Anda ingin muat turun filem resolusi HD dalam masa kurang dari 3 minit? Kalau anda mahu sekarang masanya untuk anda beralih ke perkhidmatan Internet fiber dari TIME dotCom. Mereka baru sahaja melancarkan pakej Internet berkelajuan tinggi terbaru yang mencapai kelajuan 500Mbps! Apa yang lebih menarik ia ditawarkan pada harga yang kompetitif.

Melalui pakej terbaru ini pengguna boleh memilih 3 jenis kelajuan Internet iaitu, 100Mbps (RM149 sebulan), 300Mbps (RM189 sebulan) dan 500Mbps (RM299 sebulan). Menurut TIME, pakej yang ditawarkan ini adalah penggunaan tanpa had, jadi anda boleh muat turun filem, muzik dan pelbagai lagi tanpa perlu risau akan kehabisan kuota. Selain itu anda juga bakal menikmati kelajuan muat turun dan muat naik yang sama rata.

Kebanyakan pembekal perkhidmatan di Malaysia ketika ini hanya menawarkan kelajuan muat naik yang rendah berbanding muat turun. Namun tren digital pada ketika ini memerlukan kelajuan muat naik yang tinggi memandangkan semakin ramai pengguna bergantung kepada sistem storan cloud, jadi ia merupakan langkah yang bijak dari TIME.

Layari TIME Fibre Home di:https://www.time.com.my/personal/broadband/fibre-broadband#plansoverview

 

You might also like