
Honor hari ini mengumumkan kerjasama dengan Gameloft menganjurkan pertandingan e-Sukan yang dinamakan “Modern Combat Versus honor International Series”. Honor View 10 dengan kuasa AI (kecerdasan buatan) dipilih sebagai ikon pertandingan disebabkan keupayaannya yang baik dari segi permainan.

Bermula dari 11 Februari 2018, acara eksklusif ini akan menampilkan pasukan dari Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, India, dan Malaysia. Pasukan-pasukan ini akan berentap di dalam siri permainan popular, Modern Combat Versus untuk merebut hadiah utama bernilai €10,000 (kira-kira RM48,526) dan sebuah Honor View 10 setiap seorang.
Honor View 10 merupakan sebuah telefon pintar serba canggih yang dilengkapi cip Kirin 970 dan NPU (Neural-Network Processing Unit). Ia direka khusus untuk memberikan kepantasan semasa bermain permainan mudah alih, malah paparan FullView Display dan bateri berkapasiti besar mampu mengawal suhu peranti pada tahap rendah untuk prestasi yang optimum.
Sebelum ini honor pernah berkolaberasi dengan pencipta permainan popular antaranya Asphalt 8 : Airbone, Mobile Legends, dan Final Fantasy. Jadi jika anda seorang pemain tegar, honor View 10 adalah pilihan peranti yang tepat.
Baca juga:
- Reviu Eksklusif (Bah 1): honor View 10, Peranti Serba Lengkap Dengan Cip Prestasi Tinggi
- Reviu Eksklusif (Bah 2): honor View 10, Telefon Pintar Flagship Mampu Milik!

