Reviu Eksklusif: Xiaomi Redmi Note 5A Prime, Model Pertama Xiaomi Untuk Swafoto

HARGA: RM 699

Xiaomi baru sahaja melancarkan Xiaomi Redmi Note 5A di pasaran tempatan pada Ogos 2017 yang lalu, 3 bulan kemudian muncul sebuah lagi model baru iaitu Redmi Note 5A Prime. Peranti yang berada dalam kelas pertengahan-bawah ini dilengkapi ciri-ciri serba boleh pada harga yang mungkin boleh anda pertimbangkan. Lebih istimewa, ia adalah model pertama Xiaomi yang memfokuskan untuk pengguna swafoto, yang mana hadir dengan kamera swafoto beresolusi 16 Megapiksel bersama bantuan LED flash.

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

 

FIZIKAL

Rekaan Unibodi

Masih mengekalkan rekaan unibodi yang sama seperti Redmi Note 5A, telefon pintar ini dibina menggunakan polikarbonat yang mana kita sekali lagi dapat melihat rekaan 2.5D pada model ini. Menampilkan paparan skrin 5.5 inci dengan ketebalan hanya 7.7mm dan seberat 153g sahaja.

 

Slot Kad

Kehadiran tiga slot kad secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk menggunakan lebih dari satu kad SIM dan microSD tanpa perlu membuat pilihan. Memandangkan telefon pintar ini menyokong rekaan unibodi, slot kad SIM ini terletak di sisi kiri smartphone.

 

Kamera Utama & Depan

Peningkatan yang dapat dilihat pada model ini adalah kamera depan beresolusi 16 Megapiksel dengan sokongan Selfie-light, sesuai untuk mereka yang suka berswafoto. Sementara itu, kamera utama masih dikekalkan resolusi 13 Megapiksel dengan bantuan LED flash untuk penggambaran di kawasan yang mempunyai cahaya terhad.

 

Port Audio & USB

Seperti biasa, pada bahagian atas Redmi Note 5A Prime telah disediakan dengan sebuah port 3.5mm audio jack, mikrofon dan juga sensor InfraMerah yang boleh digunakan untuk mengawal peralatan elektrik. Manakala bahagian bawahnya pula tersedia dengan sebuah port USB 2.0 untuk kegunaan mengecas serta dua buah speaker.

 

CIRI-CIRI MENARIK

Selain reka bentuk, eRing juga menyertakan ciri-ciri menarik yang terdapat pada telefon pintar ini. Memfokuskan kepada pengguna yang suka berswafoto, model terbaru ini telah dilengkapi lensa swafoto 16 Megapiksel dengan teknologi Beauty 3.0 serta Selfie-light untuk penggambaran di persekitaran malap. Bukan itu sahaja, terdapat juga ciri-ciri menarik lain memandangkan Redmi Note 5A Prime menampilkan paparan antaramuka terbaru dari Xiaomi iaitu MIUI 9.

KENAPA PERLU MEMILIKI TELEFON PINTAR INI?!
Android Nougat + MIUI 9

Apa yang menariknya telefon pintar ini, walaupun hadir dalam kelas pertengahan ia masih menggunakan Andoid terkini, 7.1.2 Nougat serta menggunakan paparan antaramuka terkini Xiaomi iaitu MIUI 9. Berikut adalah beberapa ciri-ciri baru yang terdapat pada paparan antaramuka MIUI 9 serta perbandingan bersama paparan antaramuka MIUI 8.

App Lock
Recent App
Theme
Lock Screen
Galeri
Security
Split Screen

 

Penggambaran
Kamera Utama

Buat pertama kalinya, Xiaomi menawarkan telefon pintar khas untuk penggemar swafoto. Menawarkan kamera depan dengan sensor 16 Megapiksel, ia hadir bersama ciri menarik seperti Beauty 3.0 yang boleh dilaraskan mengikut keinginan pengguna.

Kamera Swafoto

Bukan itu sahaja, mengambil gambar di persekitaran malap juga bukan masalah dengan adanya sokongan Selfie light.

TIPS: Pengguna juga boleh menggunakan sensor pengimbas cap jari untuk mengambil gambar swafoto! 

 

HASIL GAMBAR

INDOOR
MAKANAN
MAKRO
OUTDOOR
SWAFOTO

 

Pengimbas Cap Jari

Berbeza dengan Redmi Note 5A, model ini telah dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari yang tiada pada model sebelum ini untuk menjaga privasi telefon pintar anda. Selain menyokong sehingga lima jari dalam satu-satu masa, respon untuk membuka telefon pintar ini juga pantas.

 

Dual App

Xiaomi juga telah memasang perisian aplikasi sosial yang dipanggil Dual App, ia membolehkan pengguna menggunakan dua akaun media sosial berbeza dalam satu. Di antara aplikasi sosial yang menyokong fungsi Dual App ini adalah WhatsApp, Line, WeChat, Facebook, Instagram, telegram dan beberapa lagi.

 

ZON UJIAN

UJIAN 1: BENCHMARK

Ulasan: Jenama Xiaomi antara telefon pintar yang menawarkan harga jauh lebih murah dengan spesifikasi terbaik! Dengan bajet bawah RM 700, tidak dinafikan model ini boleh dianggap antara peranti Android yang mampu menawarkan prestasi baik di dalam kategorinya.

UJIAN 2: BATERI

Ulasan: Walaupun Redmi Note 5A Prime tidak dibekalkan dengan teknologi pengecasan pantas, untuk mengecas peranti berkapasiti 3080mAh ini masih boleh dianggap baik, malah masa penggunaanya juga mampu bertahan lama.

 

KOMEN EDITOR

Xiaomi Redmi Note 5A Prime adalah sebuah telefon pintar yang dikhaskan untuk mereka yang gemar mengambil gambar swafoto dan ia merupakan model pertama Xiaomi seumpamanya. Walaupun sebelum ini Xiaomi pernah memperkenalkan model yang seakan sama iaitu Redmi Note 5A, terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat pada kedua-dua model ini.

Selain dikuasakan oleh pemproses berkuasa yang lebih baik, telefon pintar ini juga dibekalkan dengan memori RAM dan ROM yang tinggi, iaitu 3GB RAM dan 32GB ROM. Walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan, Redmi Note 5A Prime dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat serta menyokong paparan antaramuka terbaru Xiaomi, MIUI 9.

Dari segi penggambaran pula, memandangkan ia memfokuskan kepada pengguna swafoto, sensor 16 Megapiksel serta Selfie-light telah disediakan pada telefon pintar ini. Manakala untuk kamera utama pula sensor 13 Megapiksel bersama sokongan LED flash serta PDAF. Salah satu keistimewaan model ini yang tiada pada Redmi Note 5A adalah sokongan pengimbas cap jari yang terletak di bahagian panel belakang.

 

You might also like