
Emoji-emoji Ini Akan Ke iOS, macOS Dan watchOS Tidak Lama Lagi

Apple menyambut Hari Emoji Sedunia dengan memperkenalkan beberapa jenis emoji yang akan berada di semua platfom Apple dalam tahun ini. Mengikut akta emoji global, Unicode 10 telah meluluskan 69 emoji baru oleh Apple dengan versi tersendiri berbeza dengan Android tetapi masih kekal imej yang sama.

Kali ini ia menampilkan emoji wanita bertudung, lelaki berjambang, wanita menyusukan anak, lelaki sedang bertapa, manakal makanan pula mewakilkan roti sandwish, kelapa parut dan binatang seperti kuda belang, T-Rex termasuk zombie, ratu bunian, malah aladin dan banyak lagi.

Kesemua emoji yang tidak disenaraikan boleh dilihat melalui senarai penuh di Emojipedia. Emoji ini dijangka boleh mula digunakan di iOS 11 bermula September depan. Manakala Google pula sedang mengemas kini emoji mereka untuk ditukar kepada wajah baharu berikutan komen negatif dari pengguna Android sendiri.

