
Samsung Galaxy Unpacked 2020: Samsung Galaxy Z Fold 2, Buds Live, Siri Galaxy Tab S7 & Watch 3 Turut Dilancarkan!!!

Bersempena pelancaran Siri Samsung Galaxy Note20 yang baru sahaja berlangsung tadi, Samsung turut memperkenalkan beberapa produk-produk menarik yang pasti mampu menarik perhatian anda.
Samsung Galaxy S7/S7+
Peranti ini hadir dengan pemproses Snapdragon 865+ dan dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dam Storan sehingga 512GB. Skrin pula tampil dengan 11″ LTPS / 12.4 AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.
Kamera utama peranti ini adalah 13MP + 5MP dan 8MP bagi kamera hadapan dan dihadirkan dengan bateri sehingga 10090mAh. Ia dijual pada harga USD649 (kira-kira RM2720) bagi Tab S7 dan USD849 (kira-kira RM3559) bagi Tab S7+.
Samsung Galaxy Z Fold 2

Peranti ini tampil dengan skrin 6.2″ Super AMOLED dan apabila ia dibuka ia hadir dengan 7.6″. Ia turut hadir dengan kadar segar semula 120Hz dengan bateri sebesar 4500mAh.
Samsung Galaxy Buds Live
Peranti ini hadir dengan 3 warna iaitu Mystic Bronze, Mystic Black dan Mystic White. Menariknya, peranti ini mampu bertahan sehingga 6 jam dan 21 jam dengan box. Ia dijual pada harga RM699.
Samsung Galaxy Watch 3

Peranti ini tampil dengan 2 varian iaitu 1.2″ dan 1.4″. Ia hadir dengan IP68, MIL-STD-810, Corning GOrilla Glass DX, ECG dan pemantauan darh tinggi. Ia dijaual pada harga RM1699 bagi 1.2″ dan RM1799 bagi 1.4″.