
Siri Samsung Galaxy Note20 Kini Rasmi – Tampil Dengan Exynos 990 & Dijual Pada HArga Bermula Dari RM3899!!!
Berita baik buat peminat Samsung apabila peranti terbaharunya iaitu Samsung Galaxy Note20 dan Note20 Ultra kini rasmi dan dijual pada harga bermula dari RM3899.

Samsung Galaxy Note20
Peranti ini hadir dengan barisan spesifikasi yang baik apabila ia hadir dengan skrin yang besar iaitu 6.7″ FHD+ Super AMOLED Plus dan menjalankan Android 10 / Smasung One Ui.
Peranti ini turut dikuasakan oleh pemproses berkuasa iaitu Exnynos dan dipadankan dengan RAM sebesar sehingga 12GB dan storan sebesar 256GB.
Aspek kamera juga baik apabila ia dihadirkan dengan 64MP + 12MP + 12MP bagi kamera belakang dan 10MP bagi kamera hadapan.
Bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 4300mAh (Quick Charge).
Samsung Galaxy Note20 Ultra
Peranti ini pula tampil dengan skrin yang sedikit besar berbanding Note20 iaitu 6.9″ WQHD+ Dynamic AMOLED 2x dengan kadar segar semula 120Hz.

Ia turut dikuasakan oleh Exynos 990 dan dipadankan dengan RAM sebesar sehingga 12GB RAM dan storan sebesar 256GB.
Kamera sangat baik apabila ia disertakan dengan 108MP + 12MP + 12MP bagi kamera belakang dan 10MP bagi kamera hadapan. Bateri juga agak besar apabila ia hadir dengan 4500mAh.
Siri SAmsung Galaxy Note20 ini tersedia bagi pra tempahabn di Malaysia bermula 10 pagi pada 6 Ogos sehingga 20 Ogos sementara stok masih ada.