
Infinix Zero X Bakal Hadir Dengan Pengecasan Pantas 160W??
Menurut satu pendedahan daripada seorang leakster yang dikenali sebagai Ice Universe mengenai peranti Infinix Zero X yang mana hadir dengan pengecasan pantas 160W menggunakan wayar dan 50W tanpa wayar.

Dalam pada itu, ia juga turut didedah Twitter Infinix India yang memperlihatkan peranti ini dikhabarkan bakal hadir dengan pengecasan pantas 160W.
Sejauh manakah kebenaran mengenai pendedahkan ini masih belum dapat dipastikan.
Sepertinya, perlumbaan menghasilkan pengecasan pantas terpantas masih lagi diteruskan. Jadi, sama-sama kita nantikan dan lihat siapakah bakal hadir dengan pengecasan terpantas.