
HUAWEI Bakal Hadir Dengan Powerbank Bersama Sokongan Teknologi Pengecasan Pantas 40W?
Terdapat info ketirisan mengatakan bahawa HUAWEI kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah powerbank berkapasiti 10,000mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas 40W.
Memetik sumber, powerbank tersebut dikatakan mampu mengecas HUAWEI Mate 20 dan Honor Magic 2 dengan kuasa maksimum 40W di samping turut menyokong pengecasan Huawei SuperCharge 22.5W untuk mengecas telefon keluaran HUAWEI yang lain.
We received a leak from supplychain that Huawei is releasing a 40W SuperCharge Protocol(SCP) 10000mAh powerbank. It's able to charge Huawei Mate 20 Pro and Honor Magic 2 at maximum power of 40W and also backward comptaible with 22.5W SCP fast charging of other Huawei phones.
— ChargerLAB (@chargerlab) December 23, 2018
Pun begitu, tidak banyak maklumat mengenai powerbank ini yang diketahui. Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculannya!
[SUMBER]

