

LEVEL UP KL 2018 baru sahaja melabuhkan tirai rabu lalu yang mana Studio Game Di Asia Tenggara dan pendatang baharu membawa pulang hadiah-hadiah menarik sebagai sebahagian daripada SEA Game Awards 2018, SEA Game Jam 2018 dan IPCC Awards 2018.
Dilangsungkan buat tahun yang kedua, anugerah berprestij ini dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan dan meraikan kreativiti, kesenian dan genius teknikal dari kalangan pemaju dan permainan game yang terbaik di rantau ini.

Sebanyak 100 penyertaan permainan game yang diterima dari seluruh rantau ini termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesi, Thailand, Vietnam dan Filipina. Berikut merupakan senarai pemenang.
| Anugerah | Pemenang |
| Grand Jury Award | No Straight Roads, Metronomik, Malaysia |
| Rising Star Award | Songbird Symphony, Joysteak Studios, Singapore |
| Best Technology | Nightstream, Streamline Games, Malaysia |
| Best Visual Art | She And The Light Bearer, Mojiken Studio, Indonesia |
| Best Game Design | RE:Legend , Magnus Games Studio, Malaysia |
| Best Audio | Songbird Symphony, Joysteak Studios, Singapore |
| Best Storytelling | Coffee Talk, Toge Productions, Indonesia |
| Best Innovation | Simulacra: Pipe Dreams, Kaigan Games, Malaysia |
| Best Student Game | Terminus Lockdown, Glenmarie Games From KDU University College, Malaysia |
| Audience Choice Award | Iteno – Why Creative, Malaysia |

Dalam pada itu, majlis ini turut meraikan 3 pemenang teratas dari SEA Game Jam session yang merupakan game jam yang berlangsung selama 36 jam yang menyaksikan pemaju game yang berpotensi dari rantau ini. Ini merupakan senarai pemenang bagi kategori ini.
| Hadiah | Tajuk Projek | Nama kumpulan / ahli |
| Tempat Pertama – RM 6,000 | It Will Be Mine | Team C
– Nikko Soetjoadi – Loh Chang Zhen – Haikal Izzuddin – Ruby Lee Hock Siang – Khor Zee Yee |
| Tempat kedua – RM 3,000 | Perfect Life | Team E
– Chia Pek Harn – Muhammad Abdul Karim – Hafiz Azman – Syahami – Chew Tong Sim |
| Tempat Ketiga – RM 1,000 | Chasing Dreams | Team A
– Justin Oon Chun Xiong – Alvin Tjhie – Kevin Lau Lee Yong – Narendra Arief Nugraha – Sayeed Mohammad Muntasir – Aida Afiqah |
Majlis tersebut juga mengumumkan Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) 2018. Pertama kali ia diperkenalkan pada tahun 2006, IPCC menyediakan platform untuk bakat tempatan untuk mengekspresikan kreativiti dan mempertingkatkan pembangunan dan pengkomersialan inovatif, digital content bertaraf dunia dan juga meningkatkan penghasilan harta intelek. Setiap pemenang bagi kategori ini menerima geran bernilai RM50000 dan lesen Adobe Creative Cloud.
| Tajuk Projek | Nama Syarikat |
| The Plight :Prologue | Cellar Vault Games |
| Ageless | Bala Vicknesh A/L S Ravichanthiran |
| Rokudo | Heaven Tales Entertainment |
| Monsoon Merchants | Centaur Games |
| Mecha Royale Online | Illogical Games |

