Penjualan Samsung Galaxy S8 Lebih Tinggi 15% Berbanding Galaxy S7

Setelah beberapa bulan selepas hari pelancaran Samsung Galaxy S8, Samsung telah mengumumkan bahawa mereka telah merekodkan penjualan sebanyak lima belas peratus lebih tinggi berbanding model flagship sebelum ini iaitu Galaxy S7.

Menurut DJ Koh, Presiden Komunikasi Mudah Alih Samsung, kenyataan dari media tempatan (Korea) pada minggu lepas menyatakan angka jualan yang merudum adalah tidak benar sama sekali.

Malah beliau menambah, penjualan semenjak hari pelancaran Samsung Galaxy S8 sentiasa berada dalam keadaan yang positif dan memberangsangkan. Namun, Koh tidak memberitahu angka yang sebenar tetapi beliau percaya Galaxy S8 dapat dijual dengan baik sementara model flagship siri Note yang mendatang.

You might also like