Digi Belanja Ais Krim Dan Juga Data Strim YouTube

Buat pengguna Digi, sila periksa aplikasi MyDigi anda kerana sekarang ini Digi mahu belanja anda semua ais krim Sundae dari McDonald dan juga data strim YouTube secara percuma.

Promosi istimewa ini telah pun bermula 13 Februari 2017 dan akan berterusan sehingga 15 Februari 2017. Apa yang anda perlu lakukan adalah log masuk ke akaun MyDigi anda pada aplikasi MyDigi, pergi ke bar menu, pilih MyRewards dan pilih Butiran dan Digi akan memberikan anda baucar untuk dipamerkan di cawangan McDonald.

INGAT! Jangan klik “Tebus” sebelum anda menuntut ais krim percuma anda. Jika butang tebusan sudah di klik, ini bermakna anda sudah mendapatkan ais krim tersebut.

 

Muat Turun
You might also like