
Setelah agak lama menunggu, Samsung baru-baru ini dengan rasminya memperkenalkan servis pembayaran tanpa tunai yang dikenali sebagai Samsung Pay. Jika sebelum ini hanya pengguna Maybank sahaja yang dapat menikmati servis Samsung Pay yang berada di dalam program open beta, kini lebih banyak kad bank dan kad ganjaran yang telah disokong. Nak tahu dengan lebih lanjut bagaimana Samsung Pay berfungsi, teruskan membaca!
Apa itu Samsung Pay?
Samsung Pay adalah perkhidmatan pembayaran mudah alih kad debit, kredit dan juga prabayar menggunakan peranti Samsung. Ia bukan sahaja menyokong teknologi NFC (Near Field Communication), malah turut menyokong MST (Magnetic Secure Transmission) untuk membuat pembayaran.
Pengenalan perkhidmatan ini dilakukan atas permintaan pengguna di Malaysia, di mana 89% daripada pengguna telefon pintar Samsung Galaxy menyatakan minat untuk menggunakan Samsung Pay. Ini berdasarkan pada tinjauan yang dilakukan awal tahun ini oleh Samsung Malaysia Electronics, di mana 200 pengguna Malaysia telah menyatakan minat mereka terhadap Samsung Pay.
Bank Apakah Yang Menyokong Samsung Pay?
Sekarang lebih banyak bank yang menyokong Samsung Pay selain Maybank, di antaranya adalah CIMB Bank, Citibank, Standard Chartered dan akan datang Hong Leong Bank. Kesemua kad yang telah disenaraikan ini menyokong kad kredit (MasterCard & Visa), cuma Maybank sahaja yang boleh menawarkan penggunaan kad debit serta kad prabayar buat masa ini.
Smartphone Apa Boleh Dipadankan?
Buat masa sekarang, Samsung Pay hanya boleh dipadankan dengan beberapa peranti terpilih Samsung seperti Samsung Galaxy S7 / S7 edge, Galaxy S6 edge+, Galaxy Note5 serta siri Galaxy A (2016 & 2017).
Baca: Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A7 (2017), Smartphone Siri ‘A’ Pertama Kalis Air
Selain Kad Kredit / Debit, Kad Apa Lagi Disokong?
Samsung Pay turut menerima kad ganjaran, di antara kad ganjaran yang sesuai dipadankan dengan Samsung Pay adalah BonusLink, Kenny Rogers, Tealive, Sunway Pals, Cosway dan beberapa lagi. Menurut Samsung, sehingga kini terdapat lebih 90 peratus peniaga di Malaysia dari sektor makanan, fesyen dan gaya hidup, supermarket serta pusat membeli-belah telah menyokong sistem Samsung Pay.
Cara-cara Menggunakan Samsung Pay
Kami telah mencuba menggunakan Samsung Pay di beberapa kedai yang boleh membayar menggunakan Samsung Pay, di antaranya adalah Parkson, Watson serta Tealive. Di sini kami ingin berkongsi pengalaman kepada anda semua.
1> Sebelum membuat pembayaran menggunakan Samsung Pay, anda perlu memasukkan kad kredit / debit atau kad ganjaran terlebih dahulu. Hanya perlu scan kad yang diinginkan, kemudian isi maklumat diri.
: INFO : Pengguna perlu menelefon pihak bank terlebih dahulu untuk mengaktifkan fungsi ini.
2> Menu utama terbahagi kepada lima kategori di antaranya adalah Payment cards, Loyalty cards, Promotions/Vouchers, Notices dan juga Settings.
3> Selain boleh memilih untuk meletakkan kata laluan nombor pin, pengguna juga boleh menggunakan teknologi pengimbas cap jari ketika membuat pembayaran.
4> Hanya perlu sentuh smartphone pada alat pembayaran menggunakan Samsung Pay (seperti dalam gambar) untuk membuat pembayaran.
5> Tiada sebarang limit harga pembelian yang diperlukan untuk membuat pembayaran menggunakan Samsung Pay. Semuanya terpulang kepada pengguna. Sebarang transaksi pembayaran akan dipamerkan pada aplikasi Samsung Pay anda.
Tetapan
- Jika mempunyai lebih daripada satu kad, anda boleh memilih kad yang sering digunakan pada Lock Screen, Home Screen ataupun Screen Off.
- Sebanyak 10 kad yang boleh ditambah pada satu-satu masa dan anda boleh menguruskan yang diinginkan dengan mudah.
- Bagi tujuan keselamatan, kedua-dua kata laluan perlu dilengkapkan seperti nombor PIN dan juga pengimbas cap jari.
- Pengguna akan diberitahu sekiranya terdapat promosi mengenai Samsung Pay.
Soalan lazim yang sering ditanya oleh pengguna mengenai Samsung Pay….
Adakah Samsung Pay selamat digunakan?
Menurut pihak Samsung, ianya selamat digunakan memandangkan sebarang butiran peribadi pengguna akan dilindungi.
Selain smartphone milik Samsung, smartphone dari jenama apa lagi yang boleh digunakan?
Buat masa sekarang, hanya smartphone milik Samsung sahaja yang menyokong samsung Pay. Di antara model yang boleh dipadankan adalah Galaxy S7 / S7 edge, Galaxy S6 edge+, Galaxy Note5 serta siri Galaxy A (2016 & 2017).
Berapakah minimum pembayaran yang diperlukan?
Tidak seperti kad kredit yang mengenakan had tertentu, Samsung Pay tidak mengenakan sebarang limit untuk ada membuat pembayaran.
Negara apakah yang menyokong Samsung Pay?
Buat masa sekarang hanya boleh digunakan di beberapa negara seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat, China, Sepanyol, Australia, Puerto Rico, Singapura, Brazil, Rusia, Thailand dan juga Malaysia.
Bagaimana jika saya ingin menggunakan Samsung Pay di luar negara?
Jika kad yang didaftarkan boleh digunakan di luar negara, anda juga boleh menggunakan kad tersebut untuk membuat pembayaran menggunakan Samsung Pay di negara yang disenaraikan di atas.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya smartphone dicuri ataupun hilang?
Anda boleh menggunakan ‘Samsung Find My Mobile’ untuk Lock Samsung Pay dari jauh atau Wipe Samsung Pay untuk menghapuskan semua kad pembayaran berdaftar pada peranti anda.