ZTE Melancaran Siri Blade di Pasaran Malaysia

ZTE 1
En. Jeremy Zhao (CEO S.E.A Region, Device Group of ZTE Corporation), En. Fu Da Liang (Deputy CEO S.E.A Region, Device Group of ZTE Corporation) dan En. Eric Wang (Vice Presiden, MKT Dept. EU & Asia Pacific, Device Group of ZTE Corporation) merasmikan pelancaran dua peranti siri Blade V7 (Blade V7 Lite dan Blade V7 Max) bagi pasaran Malaysia.

Hari ini ZTE Malaysia melancarkan dua peranti di bawah siri Blade V7 dengan harga yang kompetitif dan mampu milik, mengekalkan komitmen ZTE dalam mengeluarkan smartphone mesra ekonomi yang berkualiti.

ZTE 7Peranti pertama yang dilancarkan adalah Blade V7 Lite yang dikuasakan pemproses quad core MediaTek MTK6735P 1.3 Ghz, 2 GB RAM dan juga sistem operasi Android 6.0. Ia hadir dengan skrin HD Penuh yang berukuran 5 inci bersama paparan 2.5D Curved Edge. Kamera utamanya beresolusi 13 Megapiksel, manakala kamera depan beresolusi 8 Megapiksel dengan sokongan dwi-flash yang amat sesuai untuk penggemar selfie. Teknologi pengimbas cap jari juga tidak ketinggalan disertakan dalam Blade V7 Lite.

ZTE 9Blade V7 Lite akan mula dijual pada 16 Mei dengan harga RM 669. Menurut ZTE Malaysia, model ini juga akan dijual pada harga promosi (RM 499) buat masa terhad.

ZTE 6_meitu_1Peranti seterusnya adalah Blade V7 Max yang mempunyai reka bentuk yang lebih premium, ia dibina menggunakan kerangka besi dan mempunyai ketebalan hanya 7.2 mm. Model ini dikuasakan pemproses octa core MediaTek MT6755M dan 3GB RAM, turut menampilkan skrin berukuran 5.5 inci yang beresolusi HD Penuh.

ZTE 4Berbeza dengan V7 Lite, V7 Max hadir dengan kamera utama 16 Megapiksel dan kamera hadapan 6 Megapiksel. Sokongan terhadap sambungan USB Type-C, fungsi pengimbas cap jari, bateri berkapasiti 3000mAh.Blade V7 Max akan dijual pada harga RM 999, ia akan mula dijual sekitar hujung bulan ini.

ZTE 5ZTE 3

ZTE 3_meitu_4Semasa majlis tersebut, ZTE juga mempamerkan model ZTE Axon Mini yang baru sahaja dibawa masuk ke pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM 1,499.

You might also like