
Rangkuman Acara WWDC 2016 : Aplikasi Swift Playground
Pada acara WWDC 2016, Tim Cook juga tidak ketinggalan melancarkan aplikasi terbarunya untuk pengguna iPad yang diberi nama Swift Playground Aplikasi ini bertujuan untuk mengajar anak-anak bagaimana menggunakan kod untuk menyelesaikan permainan yang ada secara efektif.
Memandangkan ia disasarkan untuk anak-anak, Swift Playground tampil dengan teka teki yang memerlukan kod untuk menyelesaikan cabaran yang tersedia. Tampil dengan pelbagai karakter menarik serta persekitaran 3D yang pastinya menyeronokkan, Swift Playground mempunyai matlamat yang tinggi dalam melahirkan anak-anak yang pintar. Lebih menarik lagi, anda boleh kongsikan ciptaan anak-anak anda dengan rakan-rakan, malah seluruh dunia.

Baca Juga: