Khabar Angin : iPhone 7 Bakal Menggantikan Butang Fizikal Ke Butang Kapasitif

Walaupun masih belum ada sebarang maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Apple tentang model terbaru yang akan dilancarkannya iaitu iPhone 7, terdapat pelbagai khabar angin yang telah dikongsikan berhubung telefon pintar itu di Internet. Kini muncul satu lagi khabar angin yang dikongsikan oleh sebuah blog dari Jepun iaitu Macotakara yang mengeluarkan kenyataan bahawa Apple bakal menggantikan penggunaan butang fizikal Touch ID dengan butang sentuh jenis kapasitif.

pic 1

Menurut blog itu lagi, Apple iPhone 7 dikatakan akan menggunakan butang jenis sentuhan yang dilengkapi mekanisma klik mirip seperti sebuah butang fizikal yang sudahpun diguna pakai pada trackpad Macbook yang terbaru. Sokongan elektromagnet apabila butang kapasitif itu disentuh akan menghasilkan getaran, sekaligus memberikan efek seperti menekan butang sebenar.

2

Berkemungkinan besar khabar angin ini bakal menjadi realiti kerana sebelum ini sememangnya sudah ada desas-desus yang mengatakan Apple bakal menyingkirkan penggunaan butang fizikal Touch ID dan akan ditempatkan terus pada paparan skrin. Selain itu, sumber itu juga turut mengatakan bahawa Apple juga akan turut memperkenalkan warna baharu iaitu Space Black pada iPhone 7. Walau sudah banyak khabar angin yang kita perolehi tentang Apple iPhone 7 setakat ini, mungkin lebih baik kita nantikan sahaja kemunculan rasminya pada 12 September nanti.

You might also like