
OnePlus 6 Akan Dipasarkan Jun Depan Dengan Snapdragon 845

Syarikat kecil yang berpengkalan di China, OnePlus adalah antara salah sebuah pengeluar yang menghasilkan peranti serba boleh. Walaupun nama tidak segah jenama terkemuka dunia, mereka ini sering tampil dengan kejutan yang mampu menarik minat pengguna seluruh dunia. Melalui temubual CNET bersama CEO OnePlus, Pete Lau mengesahkan peranti flagship OnePlus 6 akan hadir dengan set cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 845.
Peranti yang dijangka akan memasuki pasaran dunia seawal bulan Jun depan dikatakan tiada pilihan lain selain menggunakan cip tersebut. Nama peranti juga masih belum disahkan akan menggunakan OnePlus 6 tetapi kemungkinan besar ia akan diguna pakai.
Pada masa sama, Lau mengatakan syarikatnya akan mengeluarkan versi kedua, OnePlus 6T pada tahun ini sama seperti yang pernah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya. Di samping memastikan penghasilan peranti terbaru berjalan dengan lancar, OnePlus juga kini sedang bekerjasama dengan telkom AS bagi memasarkan unit-unit peranti akan datang secara lebih meluas

