Percuma OPPO A57! Dengan Langganan Pelan Celcom First

(Dari kiri) Azwan Khan Osman, Timbalan CEO Celcom Axiata, Garry Gong, Pengarah Jualan Oppo Malaysia dan Zalman Aefendy Zainal Abidin, CMO Celcom Axiata.

Celcom menawarkan peranti OPPO A57 secara percuma bermula hari ini (15 April ) jika anda melanggan pelan pascabayar Celcom First!

Dengan ini, anda boleh mendapatkan Oppo A57 secara PERCUMA dua minggu sebelum tarikh pelancaran rasminya di Malaysia. Syarat untuk memilikinya secara percuma, anda hanya perlu melanggan pelan Celcom First Platinum 60GB. Sekiranya anda melanggan pada pelan Celcom First Gold Plus 40GB, anda juga boleh dapatkan peranti ini hanya membayar wang sebanyak RM399 sahaja.

Celcom Perkenalkan GBshare, Perkongsian Data Pada Bila-Bila Masa

Selain itu, bakal pelanggan yang ingin memiliki peranti bersama pelan Celcom First ini akan menerima panggilan percuma menerusi aplikasi WhatsApp dan WeChat secara eksklusif sebelum pelancaran rasminya nanti.

You might also like