
Pada 19 Disember yang lalu, Samsung telah memperkenalkan peranti terbaru iaitu Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) ke pasaran Global. Ramai peminat Samsung di Malaysia sudah bersiap sedia menyambut kehadirannya, tetapi tarikh pelancaran masih tidak diketahui lagi.
But… eRing ada berita baik untuk anda semua!!!
Samsung Malaysia telah memberi peluang kepada eRing untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Samsung Galaxy A8 secara EKSKLUSIF!!!
So…tunggu apa lagi?! Ikuti kami sekarang!
Jadi, untuk pandang pertama eRing terhadap peranti kelas pertengahan ini, Samsung Galaxy A8 direka dengan teliti menggunakan badan berasaskan kaca. Malah, perubahan drastik dapat dilihat ialah pada muka depan yang tidak lagi menggunakan butang Home atau pengimbas cap jari. Sebaliknya, ia telah dialihkan ke bahagian belakang seperti yang dapat dilihat pada siri flagship Galaxy S8 dan Galaxy Note8.
Samsung kini memuatkan kerangka logam 3D menerusi paparan Infinity Display bersaiz 5.6 inci FHD+ (1080 x 2220 piksel) Super AMOLED. Dengan saiz badan yang kompak berukuran (149.2 x 70.6 x 8.4 mm), setiap sisi telefon dapat digenggam dengan baik malah capaian jari ke hujung skrin juga dapat dilakukan.
Di bahagian belakang pula, jelas dapat dilihat ialah logo pengeluar dan sebuah kamera di samping pengimbas cap jari. Mengikut kertas spesifikasi, sensor kamera yang dibekalkan ialah 16 Megapiksel PDAF dengan aperture f/1.7 yang dibantu satu LED flash.
Manakala, di sebelah depan pula Galaxy A8 (2018) menyediakan dwi kamera 16 MP + 8 MP aperture f/1.9 untuk tujuan Live Focus. Ciri ini membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto dengan latar belakang kabur.
Bagi melakukan pengecasan serta mendengar lagu, terdapat satu bicu USB Type-C dan audio jack di bahagian bawah. Sementara di bahagian atas terdapat slot kad untuk SIM 2 dan kad microSD, jalur antena pula diletakkan secara menegak di kedua-dua belah.
Sementara untuk slot SIM 1 telah dipisahkan ke bahagian sisi kiri peranti dan kami rasakan ia disebabkan oleh rekaan kompak terutamanya pada bahagian dalaman.
Jika di sebelah sisi kiri dimuatkan dengan butang laras suara, di sebelah kanan pula terdapat butang kunci dan sebuah satu speaker mono.
Walau bagaimanapun, kami berasa agak jengkel dengan panel gelas berwarna hitam ini kerana ia mudah meninggalkan kesan cap jari. Tetapi, kesan kotor yang melekat boleh dibilas kerana keseluruhan badan peranti ini menerima sokongan kalis air dan debu.
Untuk mengetahui spesifikasi penuh dan ciri-ciri yang ada pada Samsung Galaxy A8 (2018) ini, anda boleh baca selanjutnya pada artikel yang akan datang.

