
Bagi memberi pilihan kepada pengguna, vivo telah pun hadir dengan varian warna baru untuk vivo V15 iaitu Blossom Pink. Peranti ini ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM1,299 dan boleh didapati bermula 18 Mei 2019.

Apa yang menarik, setiap pembelian peranti ini didatangkan dengan hadiah eksklusif termasuk pelembap udara eksklusif daripada vivo. Selain itu, anda juga berpeluang memenangi sepasang pass eksklusif makan malam menerusi peraduan “Dining In The Sky With Your Beloved”.
Bagaimana Untuk Sertai?
- Beli vivo V15 Blossom Pink di mana-mana kedai konsep vivo
- Tangkap gambar paling kretif bersama vivo V15 Blossom Pink
- Kongsikan gambar tersebut ke Facebook bersama hashtag hashtags #vivoMalaysia # vivoV15blossompink #vivoconceptstore.
- Akaun perlu public!

Peraduan bermula 18 Mei – 16 Jun 2019. Terbuka kepada semua dan 5 pemenang bertuah akan dipilih. Pemenang akan diumum pada 20 Jun 2019 di Facebook vivo. Di samping itu, 1000 pembeli pertama bakal menerima baucar SimplySiti bernilai RM50 – boleh digunakan untuk sebarang pembelian SimplySiti Red Collection!
[ vivo V15 Hadir Dengan Warna Baharu Blossom Pink – Tersedia Mulai 18 Mei Pada Harga RM1,299 ]

