Dapatkan Realme C2 Dengan Harga RM349 Pada Realme Day – Promosi Hanya Pada 5 Ogos 2019!

PROMOSI! PROMOSI! Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan, Realme Malaysia dengan kerjasama Shopee bakal menganjurkan promosi istimewa, Realme Day – menawarkan lebih banyak tawaran dan ganjaran menarik yang berbaloi untuk semua!

Seiring itu, Realme juga hadir dengan kejutan istimewa di mana Realme C2 (2+16GB) boleh dimiliki pada harga serendah RM349 sahaja (harga asal : RM429). Lebih menarik, setiap pembelian didatangkan dengan sejumlah hadiah eksklusif termasuk Realme Bottle dan 32GB SD (terhad kepada 50 pelanggan terawal).

Promosi masa terhad dan hanya sah pada 5 Ogos 2019! Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan tawaran istimewa ini menerusi Shopee. Maklumat lanjut, layari Realme Malaysia. Happy shopping gais!

You might also like