Samsung Galaxy Tab S6 Diperkenal – Sokong Snapdragon 855 + Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin

Akhirnya Samsung Galaxy Tab S6 diperkenalkan sebagaimana yang digembar-gemburkan. Samsung Galaxy Tab S6 membawakan sejumlah penawaran menarik termasuk reka bentuk anggun, dwi kamera utama dan persediaan Stylus S-Pen serba baharu. Lebih menarik, ia merupakan tablet pertama disertakan dengan pengimbas cap jari terbina dalam paparan.

Samsung Galaxy Tab S6 membawakan paparan bersaiz 10.5 inci SAMOLED. Peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 855 sebagai tunjang utama dan dibundlekan dengan pilihan memoeri sehingga 8GB RAM serta 256GB ROM. Ia turut menyertakan sokongan kad microSD sehingga 1TB. Stylus S-Pen mempunyai sokongan bluetooth.

Untuk persediaan kamera, Samsung Galaxy Tab S6 membawakan dwi kamera utama dengan lensa 13MP (f/2.0) + 5MP (f/2.2). Kamera hadapan pula sebesar 8MP. Bateri peranti adalah sebesar 7,040 mAh dengan pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C.

Tapi sayang seribu kali sayang, bicu audio 3.5mm tidak disertakan pada model ini. Tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Mountain Gray, Cloud Blue dan Rose Blush, Samsung Galaxy Tab S6 ditawarkan pada harga bermula $650 (kira-kira RM2,681).

https://www.youtube.com/watch?v=yilbQbIm7UU

You might also like