
8 Laman Web Untuk Muat Turun Muzik & Kesan Bunyi Percuma: Video Komersial Juga Boleh Guna!
Adakah korang mahu menghasilkan video untuk kerja ataupun ingin edit vlog kehidupan peribadi? Muzik latar dan kesan bunyi pasti diperlukan. Namun begitu, banyak kesan muzik dan bunyi di Internet mempunyai masalah hak cipta. Adakah korang sering menghabiskan masa untuk mencari bunyi yang sesuai bagi video?

Hari ini, admin akan memperkenalkan 8 laman web kepada korang untuk muat turun muzik dan kesan bunyi secara percuma! Ingatlah untuk tanda buku ini!
1. YouTube Music Library
Perpustakaan muzik percuma YouTube sangat mudah digunakan. Terdapat lebih daripada 1,000 muzik dan kesan bunyi persekitaran yang boleh muat turun. Semuanya percuma!
Yang perlu diingatkan, semasa menggunakan muzik sebegini, korang perlu “menambahkan nama pengarang sebagai sumber”. Contohnya, korang perlu menambahkan namanya ke senarai terakhir dalam video.
2. Freesound

Anda boleh mengesan pelbagai kesan bunyi sub-ambient di Freesound seperti vokal yang bising, suara di tepi jalan, drum dan lain-lain. Sudah tentu, muzik latar yang percuma juga sangat diperlukan!
Anda perlu daftar akaun dengan Freesound sebelum korang boleh muat turun kesan bunyi. Sebilangan besar bunyi percuma untuk penggunaan komersial, tetapi korang mesti ingatlah menunjukkan sumber pengarang!
3. Musopen
Ingin mencari kesan bunyi untuk muzik klasik dan pelbagai alat muzik? Musopen pasti sesuai untuk korang. Bahan bunyi ini benar-benar percuma, dan muziknya merupakan hak cipta domain awam, jadi korang dapat mencari karya pemuzik klasik dan kesan bunyi alat muzik.
4. Freepd

Freepd dapat mencari bahan bunyi dari pelbagai jenis filem, muzik, dan alat muzik, serta muzik pop dari zaman yang berlainan.
Semua kandungan muzik dilesenkan secara percuma dan digunakan untuk tujuan komersial.
5. SoundCloud
Terdapat banyak pemuzik terkenal di SoundCloud yang ingin berkongsi muzik mereka ke seluruh dunia. Laman web mempunyai kategori Creative Commons, korang boleh muat turun muzik orang lain. Korang hanya perlu klik untuk memuat turun dan mendapatkan fail MP3.
Walau bagaimanapun, sebilangan pecipta mempunyai kriteria seperti mendapatkan “likes” yang tertentu di Facebook mereka untuk muat turun fail audio.
6. Findsound

Cari kata kunci di laman web Findsound, dan korang boleh mencari pelbagai bahan muzik dan kesan bunyi yang percuma. Klik pautan untuk pratonton, dan klik ‘save as’ untuk muat turun.
7. Audionautix
Laman web ini sangat mudah digunakan, dan pengguna boleh melihat sekilas kategori muzik dan memilih muzik yang korang berminat. Muat turun secara percuma untuk digunakan dalam video komersial, asalkan nama pencipta ditanda sebagai sumber.
8. Incompetech

Laman web ini merupakan koleksi bahan muzik peribadi yang mengandungi bahan suara dari pelbagai muzik popular, muzik yang akan digunakan dalam suasana perayaan atau kesan bunyi dari pelbagai filem.
Bahan bunyi ini boleh dimuat turun secara percuma dan digunakan untuk komersial, tetapi juga perlu menunjukkan sumbernya.
Sumber sebahagian maklumat:https://www.bnext.com.tw/