
Fitbit Melancarkan Model Ionic Edisi adidas Untuk Anda!
Selepas mengumumkan kerjasama bersama adidas pada tahun lepas, Fitbit telah melancarkan jam tangan pintar terbaru mereka hasil kolaborasi bersama yang diberi nama Fitbit Ionic Edisi adidas.
Jam tangan pintar ini memfokuskan kepada mereka yang gemar bersukan, yang mana menampilkan rekaan yang menjadi trademark adidas pada bahagian antaramuka jam. Selain itu, terdapat juga beberapa fungsi penting yang disediakan pada jam tangan pintar ini seperti Heart Rate Tracking, GPS terbina, adidas Train, Swimproof serta beberapa lagi.
Melihat pada kolaborasi di antara adidas dan Fitbit, ianya seakan mencabar kolaborasi Nike bersama Apple Watch. Ini dilihat satu langkah yang baik dalam memberi saingan buat jam tangan pintar dengan ciri-ciri sukan buat para pengguna.
Kepada yang berminat untuk memiliki Fitbit Ionic Edisi adidas ini, anda boleh membuat pra-tempahan di laman Fitbit. Dijual pada harga USD329.95 (kira-kira RM1,281), ia didatangkan bersama waranti selama setahun.
https://www.instagram.com/p/BftBFZXAZ0k/?utm_source=ig_embed

