
Kamera aksi merupakan peranti wajib perlu dibawa jika anda seorang individu yang sukakan aktiviti lasak. Bagaimanapun, sehingga hari ini ramai diantara pengguna lebih tertumpu pada jenama GoPro kerana ia sebuah produk berkualiti dari segi ketahanan dan penggambaran. Untuk itu, GoPro mengambil keputusan untuk menghasilkan kamera aksi 360-darjah yang dipanggil GoPro Fusion.

GoPro Fusion dibina dengan reka bentuk sedikit besar untuk membenarkan dwi kamera beraksi. Ia menempatkan lensa sudut lebar 180-darjah di kedua-dua sensor 18 Megapiksel yang menyokong rakaman video beresolusi format 5.2K. Ia juga boleh disambung ke peranti realiti maya (VR) untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan.
Masih mengekalkan identiti sebagai kamera tahan lasak, GoPro Fusion dilengkapi kerangka badan kalis air pada kedalaman maksimum 15 kaki dan juga kalis debu. Ciri pintar juga boleh digunakan dengan menggunakan arahan suara. Aksesori tambahan misalnya tripod juga boleh disambungkan.
GoPro Fusion kini boleh dipra-tempah di kedai atas talian All IT pada harga RM3,199.
Beli di >> Lazada

