Western Digital My Passport SSD Dijual Pada Harga Bermula RM579

My Passport antara SSD yang terkenal dan diguna ramai di seluruh dunia, storan jenis SSD ini lebih selamat dan pantas digunakan berbanding storan jenis HDD. Fail yang disimpan tidak mudah rosak atau bahasa lain lebih mudah “corrupt” apabila disimpan begitu lama, itu adalah kelebihan yang ada pada jenis storan SSD. Akan tetapi, jangan lupa bahawa anda perlu berbelanja lebih untuk mendapatkannya, tidak mustahil barang yang berkualiti harganya sudah pasti lebih tinggi.

Apa yang diperkenalkan oleh Western Digital My Passport SSD ini, ia menawarkan pemindahan data lebih pantas sehingga 515MB per saat. Setiap data yang ingin dipindah, ia didatangkan dengan kabel USB-Type C menggunakan USB 3.1 generasi ke-2 sesuai dipakai di komputer dan Mac. Dari segi ketahanan, My Passport terbaru ini mampu bertahan sehingga 1,500G hentakan pada ketinggian maksimum 6 setengah kaki.

Western Digital menawarkan My Passport SSD dalam tiga variasi storan bermula 256GB (RM579), 512GB (RM1,039), dan 1TB (RM2,099) yang boleh dibeli melalui laman e-dagang Lazada sehingga 6 Julai depan.

https://www.youtube.com/watch?v=dAAEsp_sV1Y

You might also like