
Bagi memeriahkan lagi suasana Krismas, OPPO kini menganjurkan kempen yang menawarkan ganjaran hebat sehingga RM10,000 buat para pelanggan setia! Kempen berlangsung bermula sekarang hingga 25 Disember 2019 – eksklusif di OPPO The Gardens Flagship Store dan OPPO Pavilion Flagship Store.

Sepanjang tempoh kempen, orang ramai yang membeli mana-mana model OPPO bakal menerima hadiah misteri daripada Santa OPPO! Dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000 untuk direbut, ketersediaan hadiah adalah terhad dan ia tertakluk pada konsep dia siapa cepat, dia dapat!

So tunggu apa lagi? Jom, kita ramai-ramai pi serang kedai Flagship OPPO yang baru sahaja dibuka di The Gardens & Pavilion hari ini juga supaya korang tak terlepas rebut hadiah misteri OPPO! Maklumat lanjut, layari OPPO.

