
Giliran Meizu Pula Mengumumkan Peranti Yang Menerima Android Nougat
Syarikat Meizu yang telah melancarkan beberapa peranti termasuk flagship baru Pro 6 Plus pada12 April yang lepas, kini telah menyenaraikan model-model yang akan menerima kemas kini Android Nougat.
Pengguna yang menggunakan model M3 Max, M3 Note, M5 Note, MX6, Pro 5, Pro 6s, Pro 6 dan akhir sekali Pro 6 Plus, akan menerima Android Nougat mulai esok menerusi versi Beta, manakala versi rasmi pula akan dikeluarkan dalam 3 fasa, bermula 10 Julai untuk fasa pertama, seterusnya 17 Julai bagi fasa kedua dan akhir sekali pada 31 Julai.
Pada masa yang sama, Meizu juga menyambut ulang tahun ke-5 sistem OS Flyme mereka. Walaupun kemas kini ini tidak membawakan Android O, tetapi Android N pastinya tidak kurang hebat apabila dimuat turun kelak.

