Celcom Lancar Pelan Internet Prabayar Terbaik Dengan Xpax Turbo

Picture 3Baru-baru ini Celcom telah melancarkan pelan Internet terbaik untuk pelanggan Xpax dengan kemunculan Xpax Turbo yang menawarkan pengalaman data mudah alih yang hebat dan lancar. Pengguna pelan ini berupaya menikmati Internet Burung Hantu percuma sehingga 10GB setiap bulan dan juga data percuma untuk melayari Facebook serta YouTube apabila melanggan pelan ini.

Picture 1Dengan hanya RM10, Xpax Turbo akan didatangkan dengan data Internet sebesar 1.5GB dan mampu menikmati data Internet Burung Hantu sehingga 10GB secara percuma pada setiap bulan, atau 333MB setiap hari dari jam 1 hingga 7 pagi, selagi mereka kekal melanggan Xpax.

Untuk menikmati lebih kuota Internet, pelanggan juga boleh memilih salah satu daripada lima pilihan Pelan Internet yang turut dilengkapi dengan kuota data percuma untuk Facebook dan YouTube.

5 PILIHAN PELAN INTERNET XPAX TURBO

pic 1CIRI-CIRI TAMBAHAN XPAX TURBO

  • Penstriman muzik tanpa had PERCUMA dengan Yonder Music
  • Akses Internet asas PERCUMA untuk aplikasi WhatsApp, WeChat dan Facebook Messenger
  • Pakej pembelian pek permulaan Xpax Turbo dijual pada harga RM10 dan disediakan dengan 200MB Internet berkelajuan tinggi PERCUMA dengan RM6 pra-muat kredit
You might also like