Pra-Tempahan Peranti Dwi Skrin – Nubia X Kini Dibuka Di Shopee

Trend peranti pintar masa kini selain memperlihatkan keupayaan sepenuhnya pada kamera AI, paparan skrin yang dioptimumkan sepenuhnya juga menjadi sasaran utama bagi pengeluar peranti di seluruh dunia.

Jenama di bawah ZTE iaitu Nubia baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah peranti pintar yang cukup unik, iaitu Nubia X yang tampil dengan sokongan dwi skrin pada panel hadapan serta belakang.

Rekaan dwi skrin ini masing-masing diletakkan 6.26 inci LCD beresolusi 2280 x 1080 piksel pada skrin utama, sementara skrin kedua yang terletak di panel belakang berukuran 5.1 inci OLED dengan resolusi 1520 x 720 piksel. Keunikan pada skrin Nubia X ini menjadikannya bebas ditukar pada bila-bila masa.

Nubia X menggunakan dwi kamera utama AI 16MP (f/1.8) + 24MP (f/1.7), di bawah sokongan cip pemproses Snapdragon 845, 6GB/8GB RAM dan 64GB/128GB/256GB ROM, bateri 3,800mAh bersama Quick Charge 3.0 melalui sambungan USB Type-C, serta pengimbas cap jari yang terletak di bahagian sisi.

Kini ada berita baik untuk peminat Nubia di Malaysia, peranti beroperasi Android 8.1 Oreo ini telah membuka pra-tempahan di Nubia@Shopee, dengan perjanjian hantaran dalam tempoh 30 hari. Tawaran harga seperti berikut:

  • Nubia X Deep Gray (8GB + 128GB) – RM2,469
  • Nubia X Sea Blue (8GB + 128GB) – RM2,519
  • Nubia X Black Gold (8GB + 128GB) – RM2,469
  • Nubia X Black Gold (8GB + 256GB) – RM2,819
  • Nubia X Blue Gold (8GB + 256GB) – RM2,869

Menurut laman FB Nubia Malaysia, peranti ini dijangka akan mula dijual di Malaysia sebelum Januari 2019.

 

 

You might also like