
Mate 9, Senjata Hebat Terbaru Huawei
Mate 9 dari Huawei telah dilancarkan secara rasmi di Jerman, lantas mengakhiri khabar angin dan berita sensai berkenaan peranti terbaru Huawei ini. Huawei Mate 9 mempunyai paparan 5.9 inci FHD dan beroperasi menggunakan Android 7.0 Nougat, peranti ini boleh menjadi pilihan alternatif yang sesuai bagi pemilik Galaxy Note7 yang terpaksa memulangkan peranti mereka.
Untuk spesifikasi lain, Mate 9 menampilkan Kirin 960 pemproses Octa-core, 4GB RAM, 64GB storan terbina dalam, slot microSD, sambungan WiFi dual–band, pembaca cap jari, kamera utama dwi-lensa Leica (20 megapiksel monokrom + 12 megapiksel RGB, F2.2, OIS), bateri 4,000mAh dan antaramuka EMUI 5.0.
Berbanding antaramuka versi terdahulu, Huawei telah menaik taraf EMUI 5.0 untuk menjadikannya lebih bersih dan selari dengan selera pengguna hari ini.
“Melalui penyelidikan gigih dan ujian, kami telah mengenal pasti banyak senario di mana ia adalah mudah bagi pengguna untuk tidak sengaja menekan perkara yang salah, tetapi dengan antara muka baru yang lebih kemas,maslah kecil ini telah diatasi” wakil Huawei.
Huawei Mate 9 akan mula dijual di China dan Eropah bagi fasa pertama. Huawei tidak memberikan sebarang garis masa khusus bilakah peranti ini akan dibawa ke pasaran lain. Untuk harga, Huawei hanya menyediakan tag harga Euro sahaja buat masa kini pada harga jualan € 699 (kira-kira RM3239).
https://www.youtube.com/watch?v=dX0BR_r8Es0