
Fungsi Panggilan Suara Dan Video Sudah Tiba Di Facebook Messenger Untuk Windows
Kalau korang ingat, 6 bulan yang lalu Facebook telah melancarkan aplikasi chat Facebook Messenger untuk platform Windows 10. Ketika dilancarkan, aplikasi tersebut hanya ada fungsi asas mesej teks sahaja.
Jika korang adalah pengguna tegar Facebook Messenger, mesti korang suka kemas kini terbaru Facebook Messenger yang membolehkan korang melakukan panggilan suara dan video terus dari desktop. Nak gunakan pun tak susah sangat, sama sahaja cara melakukan panggilan video dan suara menggunakan apliaksi Facebook Messenger versi mobil, yang penting korang mesti ada headphone/earphone dengan fungsi mikrofon dan kamera web.
Nah, ini link untuk korang dapatkan aplikasi Facebook Messenger untuk Windows 10, aplikasi ini juga boleh digunakan bersama sistem operasi Windows 10 Mobile, Windows Phone 8.1 dan Windows Phone 8.