
Zanco tiny t1 – Telefon Terkecil Dunia Sebesar Syiling

Kebanyakan pengeluar zaman kini berlumba-lumba menghasilkan peranti dengan saiz yang besar untuk kepuasan yang lebih optimum. Sementara, sebuah syarikat ini mengambil jalan lain untuk tampil lebih unik. Zamco dikatakan akan menghasilkan sebuah telefon asas terkecil dunia tujuan untuk menarik pengguna telefon seluruh dunia memilikinya.
Dinamakan Zanco tiny t1, ia sebuah telefon yang hadir dengan fungsi panggilan 2G dan SMS sahaja. Berukuran 46.7 x 21mm dan seberat 13g, telefon ini boleh disamakan dengan saiz sekeping wang syiling. Walaupun saiz yang kecil, ia menggunakan skrin 0.49” OLED (64 x 32p) dipadankan dengan papan kekunci numerikal.

Dengan sokongan kad SIM-nano, telefon ini mampu menyediakan waktu menunggu sehingga tiga hari melalui bateri sebesar 200mAh. Di samping itu, kapasiti RAM sebesar 32MB dan ROM 32MB membolehkan ia menyimpan 300 kontak, 50 senarai panggilan, dan 50 teks mesej.

Bagi mengecas telefon ini, pengguna boleh menyambungkan ia dengan kabel USB menerusi bicu di bahagian bawah kerangka namun, pada saiz sebegini pengguna tidak diberikan slot untuk kad microSD.
Jika anda inginkan sebuah telefon sebagai peranti tambahan atau telefon semasa kecemasan, Zanco tiny t1 dijual pada harga £35 (kira-kira RM192) seunit. Zanco juga menjual ia secara borong pada harga yang lebih rendah.
Layari Zanco untuk ketahui maklumat lebih lanjut.

