
Instagram Mencuba Fungsi Video Secara Langsung
Instagram nampaknya semakin berminat dengan format video di dalam aplikasi mereka. Sebelum ini mereka telah memperkenalkan fungsi story ala-ala Snapchat yang mendapat sambutan hangat dari pengguna, jadi tidak hairanlah sekiranya Instagram akan mengembangkan lagi format dan fungsi ini pada masa hadapan.
Kita mungkin sahaja dapat menggunakan fungsi terbaru tidak lama lagi kerana seorang pengguna dengan akses Instagram versi beta melaporkan bahawa beliau menjumpai satu saluran dengan label Live dan juga fungsi siaran video secara langsung pada aplikasi beliau.
Instagram masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan berita ini dan kita mungkin perlu menunggu beberapa bulan lagi untuk melihat sama ada fungsi ini akan dilancarkan secara rasmi.