
Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya mengumumkan Galaxy Tab A (2016) dengan S Pen sudah rasmi tiba di Malaysia! Tablet ini mempunyai skrin 10.1 inci dan digabungkan dengan Samsung S Pen untuk pengalaman yang versatil, Galaxy Tab A (2016) dengan S Pen menjanjikan dunia produktiviti dipertingkatkan bila-bila masa, di mana sahaja.
Bukan sahaja hebat dalam produktiviti, tablet ini juga cukup cemerlang untuk hiburan. Galaxy Tab A (2016) hadir dengan bateri yang lebih tahan lama pada kapasiti 7,300mAh, kapasiti bateri yang besar ini membolehkan peranti beroperasi selama 13 jam melayari web, video YouTube dan pembentangan kerja tanpa sebarang masalah.
Anda boleh lihat sendiri kemampuan peranti ini pada jadual spesifikasi.
Samsung Galaxy Tab A (2016) |
|
Paparan |
10.1” WUXGA TFT |
Pen |
Sokongan S-Pen |
ROM |
16GB (sokongan microSD sehingga 256 GB) |
RAM |
3GB |
Kamera (utama + hadapan) |
8MP AF (Flash) + 2MP |
Bateri |
7,300 mAh |
Pemproses |
1.6GHz Octa-Core |
Berat |
560g |
Sistem Operasi |
Android 6.0 Marshmallow |
Warna |
Hitam / Putih |
Galaxy Tab A (2016) dengan S Pen boleh didapatkan dari Samsung Experience Store seluruh Malaysia pada harga RM 1,599 (termasuk cukai GST).