
Barisan peranti Huawei P10 tidak lengkap jika warna baharu tidak diperkenalkan di Malaysia. Keunikan warna Greenery dan Dazzling Blue ini lebih menyerlah dan menonjol sekaligus boleh dicam dari jauh siri P terbaru keluaran Huawei ini.
Proses Hyper-Diamond Cut juga merupakan pertama kali digunakan dalam industri pembuatan dikenali sebagai Pantone. Proses pembuatan ini menghasilkan kemasan dan tekstur yang tidak licin tanpa meninggalkan kesan cap jari serta tidak comot. Warna ini mula menerjah ke pasaran Malaysia mulai 5 Mei depan serentak dengan tarikh pelancaran Samsung Galaxy S8 di Malaysia.
Selain itu, kejuruteraan penggambaran Huawei P10 ini turut mendapat kerjasama dengan jenama kamera professional terkemuka dunia iaitu Leica. Harga yang ditawarkan untuk model P10 adalah RM2,499.