CES 2017: Asus Fokus Pada Kamera Dengan ZenFone 3 Zoom

1823
- Iklan -

1Pada acara CES 2017, Asus memperlihatkan sebuah peranti yang rupanya hampir-hampir sama dengan sebuah peranti premium yang popular.

Dari pandangan belakang, Asus ZenFone 3 Zoom anda mungkin akan sedikit keliru dan menyangkakan model ini adalah iPhone 7 Plus dengan layout kamera dwi-lensa, garisan antena dan kemasan aluminiumnya, cuma pada ZenFone 3 Zoom terdapat pengesan cap jari yang diletakkan di panel belakangnya.

2ZenFone 3 Zoom bukanlah sebuah peranti berspesifikasi flagship, ia mempunyai pemproses Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM, skrin 5.5 inci AMOLED beresolusi 1920 x 1080 piksel dan Android 6.0. Spesifikasi-spesifikasi tersebut bukanlah yang terhebat dan terkini, namun ianya sudah cukup menjadikan ZenFone 3 Zoom sebuah smartphone yang baik.

Meletakkan ke tepi spesifikasi asas ZenFone 3 Zoom yang boleh dianggap biasa ke tepi, keistimewaan peranti ini terletak pada unit kameranya. Kamera dwi-lensa mempunyai sensor 12 megapiksel dari Sony. Satu lensa mempunyai aperture f/1.7, satu lagi mempunyai fungsi zoom optik 2.3x. Jika ditambah dengan kemampuan zoom digital, kamera ZenFone 3 Zoom mempunyai kebolehan zoom 12x.

gallery_01
Hasil gambar dari Asus ZenFone 3 Zoom
gallery_02
Hasil gambar dari Asus ZenFone 3 Zoom
gallery_03
Hasil gambar dari Asus ZenFone 3 Zoom

Setup dwi-lensa ini juga berupaya menghasilkan kesan bokeh (latar belakang kabur). Dengan teknologi SuperPixel, Asus menjanjikan kamera ini mempunyai prestasi yang hebat di dalam keadaan cahaya malap. Antara kebolehan dan fungsi lain kamera ZenFone 3 Zoom adalah rakaman video 4K, laser autofocus, penstabilan imej optik, kamera hadapan 13 megapiksel, sokongan fail RAW dan mod manual. Pada pendapat kami ZenFone 3 Zoom mempunyai potensi besar untuk menggegarkan pasaran smartphone bagi kamera.