[Tertiris] Gambar Jelas Kamera Xiaomi Redmi Note 5 Pro Seakan iPhone X

Semalam kami ada berkongsi maklumat mengenai Xiaomi akan mengumumkan Redmi Note 5 dan Redmi Note 5 Pro di India hari ini. Ia adalah barisan peranti yang menawarkan spesifikasi kelas pertengahan masing-masing dengan kapasiti bateri sebesar 4,000mAH.

Perbezaan ketara antara versi standard dan versi Pro ini ialah sistem kamera yang dibawakan. Pada versi Pro ia menggunakan dwi kamera dengan orentasi menegak seperti yang boleh dilihat pada iPhone X.

Menerusi gambar yang tertiris, kita boleh melihat modul kamera yang digunakan antara kedua-dua peranti ini hampir tiada beza. Xiaomi Redmi Note 5 Pro mengguna pakai sensor 12 Megapiksel f/2.2 aperture dan 5 Megapiksel f/2.0 aperture khusus untuk rakaman bokeh.

Untuk mengetahui spesifikasi lebih lanjut, anda boleh klik pautan di bawah :

[Tertiris] Gambar & Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 & Redmi Note 5 Pro

You might also like