
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62, MyCar telah menganjurkan kempen MyCar Merdeka “Sambut Merdeka, Guna MyCar” mulai 15 hingga 31 Ogos 2019.
Hanya menggunakan kod promo MYCARMERDEKA, maka anda boleh menikmati potongan tambang penumpang sebanyak RM2 (perjalanan sehala) ke destinasi yang ditujukan.
Dalam pada itu, MyCar juga menyediakan peraduan “Tag & Menang” di laman Facebook dan Instagram mereka. Anda hanya perlu muat naik gambar atau video yang berkaitan dengan MyCar, dan tag #MyCarMerdekaContest untuk memenangi kod promo bernilai RM50. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook dan Instagram juga.



