
Acer Perkenal Barisan Peranti Terbaharu Dan Naik Taraf Yang Mengagumkan!!!
Bersempena dengan IFA yang sedang berlangsung di Berlin, Acer telah memperkenalkan beberapa peranti baharu dan juga peranti yang telah ditambah baik. Ia sekali gus memberikan kepada pengguna kepuasa yang terbaik!!
Swift 5

Acer Swift 5 pastinya sebuah peranti yang ringan tetapi berkuasa. Direka dengan magnesium dan lithium bagi rangka komputer dan hanya sebera 990g sahaja. Tampil dengan paparan sesentuh bersaiz 14 inci dengan resolusi FHD membuatkan ia tampil eksklusif.
Dihadirkan dengan CPU yang berkuasa iaitu Intel Core i7-1065G7 dan dipadankan dengan memori DDR4 sebesar16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB. Turut dihadirkan dengan teknologi WiFi 6. Baterinya turut mampu bertahan sehingga 12.5 jam.
Swift 3

Bagi Swift 3 pula, ia juga tidak mengecewakan. Hadir dengan CPU yang baik iaitu Intel Core i7-1065G dengan cip pemproses grafik Iris Plus. Melengkapinya adalah kad grafik NVIDIA GeForce MX250. Memori juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan DDR4 sehingga 16GB, dan juga storan SSD PCIe sebesar 512GB.
Predator Triton 300

Ia merupakan peranti gaming yang baik. hadir dengan skrin 15.6 inci dan disetakan dengan resolusi FHD. Melengkapi keupayaan mengagumkan adalah CPU Intel Core i7 generasi kesembilan dan dipadankan dengan memori DDR4 sebesar 16GB dan storan SSD PCIe dalam konfigurasi RAID sehingga 2TB. Grafik juga tidak mengecewakan apabila ia hadir denghan NVIDIA GeForce GTX 1650.
Predator Thronos Air

Dari segi rekaannya, Acer nyata telah memperkemaskannya namun fungsi terdahulu masih dikekalkan seperti 3 paparan skrin 27 inci dan tempat simpanan aksesori. Antara yang ditambah ialah kamera web untuk tujuan penstriman, tempat letak kaki untuk kestabilan dan pemengang untuk memudah penyesuaian paparan.
Lebih menarik ia hadir dengan kerusi urut bagi memastikan pemain dapat berehat setelah penat bermain. Ia akan tiba di pasaran EMEA pada suku ke empat tahun ini.
C250i

Menariknya mengenai projekctor ini, ia merupakan projektor pertama di dunia untuk menyokong Mod Paparan Potret Auto. Ia turut dihadirkan dengan visual Full HD dan mempunyai jangka hayat bateri sehingga 5 jam.
Planet 9

Acer juga turut memperkenalkan platform e-sukan baru yang dikenali sebagai Planet9. Ia membenarkan majoriti pemain kasual, serta pemain yang ingin bergerak ke arah pemain e-sukan profesional, untuk berinteraksi antara satu sama lain melalui fungsi komuniti platform. Platform ini juga akan menyediakan perkhidmatan bimbingan, perkongsian Raiders permainan dan fungsi lain. Antara permainan yang disokong adalah PUBG, League of Legends dan DOTA 2.
__________________________
Artikel Berkaitan:
- Sambutan Acer Day 2019 Bersama Pelancaran Acer Aspire + Monitor Mudah Alih
- Nikmati Promosi Dan Harga Menarik Serta Ganjaran Sehingga RM1000 Bagi Produk Acer di Acer…
- Acer Malaysia Raih Anugerah The BrandLaureate Untuk Dua Tahun Berturut-Turut
- Acer Predator Orion 5000 Dan 9000 Rasmi, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM9999

