Akan Datang! Flash Plus 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 Mei 2016

Peranti baru dari keluargan Flash telah lama dinanti-nantikan, akhirnya berita berkenaan turut dikenalpastikan oleh pihak Flash! Pelancaran rasmi akan diumumkan pada 17 Mei 2016 jam 4 petang secara langsung melalui laman web https://live.flash3c.com/flash-plus-2/, yang berminat jangan lupa set reminder di kalendar anda!

Menariknya, Flash Plus 2 juga akan memasuki pasaran Malaysia seminggu selepas pelancaran globalnya, iaitu dijadualkan pada 24 Mei 2016.

Flash Plus 2 ini membawakan rekaan kerangka logam yang cukup mempesonakan, selain itu sokongan terhadap pengecasan pantas turut hadir padanya.Apa lagi fungsi menarik yang bakal ditawarkan pada Flash Plus 2? Kita sama-sama menanti ketibaannya di Malaysia. Ikuti laporan selanjutnya daripada kami ya~

Flash Online

You might also like