
Infant Crying Translator
Kebanyakan ibu bapa mesti berasa gelisah apabila bayi anda menangis tidak berhenti-henti. Untuk mengatasinya, kini terdapat satu aplikasi khas untuk ibu bapa yang dinamakan Infant Crying Translator. Dibangunkan oleh pengkaji di National Taiwan University Hospital Yunlin, aplikasi ini mampu memberitahu anda apakah sebabnya bayi menangis sama ada lapar, sakit, mengantuk atau lampin basah hanya dengan merakam tangisan bayi lebih kurang 15 saat. Sebenarnya aplikasi ini lebih sesuai untuk bayi bawah 6 bulan sahaja kerana selepas tempoh ini, bayi lebih menyesuaikan diri mereka kepada persekitaran.
Muat Turun:
Android
•RM 11.76
•6.7 MB
•Android 2.3.3 dan ke atas