Dunia Permainan Legenda Bertembung

Dua permainan yang mempunyai status yang cukup hebat akan bertembung bagi memberikan anda pengalaman permainan yang menyeronokkan. Permainan yang dimaksudkan adalah Super Mario yang mempunyai status lagenda di dalam dunia permainan video dan Minecraft, permainan kegilaan orang dewasa dan kanak-kanak zaman kini.

Bermula dari 17 Mei ini, pemilik Minecraft: Wii U Edition boleh mendapatkan tema permainan Super Mario yang dilengkapi pelbagai item dan karakter yang menarik. Mashup dari Nintendo ini membolehkan anda menggunakan karakter dan latar belakang dunia Super Mario di dalam Minecraft.

You might also like