Beli Mana – Mana Siri Xiaomi Mi Note 10 & Dapat Phone Percuma! Jom Grab Cepat!

Hi gais, ini bukan TIPU! Tapi BENAR! Xiaomi Malaysia dengan berbesar hati mengumumkan promosi istimewa untuk semua! Beli mana – mana siri Mi Note 10 dan korang boleh dapatkan phone percuma!

Bagi setiap pembelian Xiaomi Mi Note 10 (RM2,099), korang berpeluang membawa pulang seunit Mi A2 Lite secara percuma (bernilai RM599). Untuk pembelian Xiaomi Mi Note 10 Pro (RM2,499) pula, korang akan menerima Redmi 7A secara percuma (bernilai RM399).

Tidak hanya terhenti disitu sahaja, Xiaomi turut mengemaskini harga jualan untuk model Redmi 8, Redmi Note 8 Pro, Redmi Note 8. Harga baharu untuk ketiga – model adalah seperti di bawah :

  • Redmi 8 (4GB + 64GB) – RM 549 (Harga Asal : RM599) 
  • Redmi Note 8 Pro (6GB + 64GB) – RM 899 (Harga Asal : RM1,099)
  • Redmi Note 8 Pro (6GB + 128GB)- RM 999 (Harga Asal : RM1,199) 
  • Redmi Note 8 (4GB + 64GB) – RM 699 (Harga Asal : RM799)
  • Redmi Note 8 (4GB + 128GB) – RM 799 (Harga Asal : RM899)

Promosi berlangsung sekarang dan boleh didapati menerusi semua Mi Store yang sah di seluruh Malaysia. Cepat grab sementara stok masih ada! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like