realme C11 Kini Rasmi Bagi Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga RM429 & Miliki realme Buds 2 Secara Percuma!

260

ealme Malaysia kini telah melancarkan realmeC11 bagi pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM429.

Peranti ini tampil dengan skrin yang besar iaitu 6.5” HD+ yang memberikan tontonan yang baik bagi kelasnya.

Dari aspek dalaman pula, ia dihadirkan dengan pemproses Helio G35 dan dipadankan dengan 2GB RAM dan storan sebesar 32GB.

Dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan dwikamera iaitu 13MP + 2MP bagi kamera utama dan 5MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri juga sangat besar apabila ia dihadirkan dengan 5000mAh.

Hadir dalam 2 varian warna iaitu Green Mint dan Peper Grey.

Peranti ini bakal dijual pada bermula dari 7 Julai. menariknya, pembi terawal turut membawa pulang realme Buds 2 secara percuma.