Android Oreo 8.1 Beta Kini Hadir Untuk Nokia 2

Sebelum ini kami ada berkongsi berita mengenai HMD Global yang mengesahkan Nokia 2 bakal menerima kemas kini Android Oreo. Terbaru, Ketua Pegawai Produk HMD Global melalui akaun Twitter miliknya telah memberitahu Android Oreo 8.1 kini hadir untuk Nokia 2 dalam bentuk beta.

Pada awal pelancaran, Nokia 2 telah dioperasikan oleh Android Nougat 7.1.1. Walaupun kemas kini beta ini bukanlah versi Android Oreo Edisi Go yang diwar-warkan oleh Juho Sarvikas sebelum ini, ia masih menawarkan beberapa peningkatan daripada Android Oreo Edisi Go. Untuk mengemaskini telefon pintar anda kepada versi beta, anda perlu mendaftar melalui Nokia Beta Labs terlebih dahulu dan mengemaskininya melalui OTA.

Sumber

You might also like