
Rekaan HUAWEI Mate X2 Terdedah? Bakal Hadir Dengan Pengecasan Pantas 66W?
Menurut laporan daripada media asing, Beberapa blogger digital menyiarkan di media sosial bahawa skrin lipat HUAWEI Mate X2 yang baru telah terdedah di Internet, dan modelnya adalah TETAN10.

Menurut berita yang didedahkan, ukuran skrin lipat HUAWEI Mate X2 baru adalah 161.8mm × 145.8mm × 8.2mm manakala bagi ukuran skrin utama adalah 8.01″ dan skrin kedua ialah 6.45″, dan reka bentuk dilipat ke dalam. Peranti ini dilengkapi dengan bateri 4400mAh dan menyokong pengecasan super kilat 66W.
Berkemungkinan, peranti ini hadir dengan pemproses HiSilicon Kirin 9000 dan dishadirkan dengan EMUI 11. Berkemungkinan ia bakal dilancarkan pada bulan Februari.