- Iklan -

Celcom Memaju Digitalisasi Bagi Pengusaha Di Malaysia Dengan Perkhidmatan Cloud Suite!!

Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan Celcom Cloud Suite, iaitu perkhidmatan pengkomputeran awanan bagi perusahaan yang berpatutan serta memfokuskan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS) dan Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS), untuk memacu adaptasi digital di kalangan perusahaan dan perniagaan tempatan.  

Celcom berkolaborasi dengan Microsoft Malaysia untuk membawa solusi yang dipercayai ini, yang menggabungkan alat dan platform untuk aplikasi, infrastruktur, penyimpanan data, rangkaian perisian, keselamatan dan pengalaman pelaksanaan yang lancar dengan kelebihan pemulihan semula laman yang diyakini. Perkhidmatan ini memberikan potensi untuk pemilik perniagaan melakukan transformasi dalam operasi perniagaan mereka, dan perkhidmatan ini ditawarkan dengan barisan solusi yang canggih melalui kit digital sehenti Celcom, iaitu Celcom Business Suite™. 

Solusi pengkomputeran awanan yang berprestasi tinggi dan berpatutan ini membolehkan perusahaan untuk melaksanakan optimisasi proses perniagaan yang pantas kerana ia begitu mudah untuk diaplikasi dan fleksibel untuk pemilik perniagaan menambah kapasiti dan ciri-ciri yang diperlukan pada bila-bila masa, serta didatangkan dengan perkhidmatan sokongan teknikal 24 jam. Perkhidmatan ini juga akan mengurangkan keperluan sumber IT tambahan dan lebih efektif dari segi kos. Ia turut membantu dalam tugas jarak jauh kerana ia boleh diakses oleh sesiapa dalam organisasi tersebut setiap waktu dan di mana-mana sahaja. 

Pemilik perniagaan di Malaysia kini boleh menyesuaikan dan menetapkan Celcom Cloud Suite mereka mengikut keperluan perniagaan dengan pakej berikut: 

  • Pakej Basic 

Membolehkan perniagaan Mikro dan PKS untuk mengubah dan menambahbaik operasi perniagaan mereka dengan pantas dan mudah dengan adaptasi pengkomputeran awan, menyediakan pengguna dengan akses kepada pengkomputeran awan di mana-mana dan bila-bila masa dengan keperluan penstoran 50TB dan lebar jalur sehingga 100GB. 

  • Pakej Standard 

Sesuai bagi perusahaan saiz sederhana dan PKS yang ingin lebih berdaya saing dalam optimisasi perniagaan melalui transformasi digital, pemodenan infrastruktur, dan pengurusan penstoran lancar dengan spesifikasi sistem yang diperlukan oleh perniagaan pada kapasiti penstoran 450TB dan lebar jalur sehingga 100GB.

  • Pakej Pro & Pro Plus

Dikhususkan untuk organisasi dan perniagaan lebih besar yang memerlukan sistem penstoran legasi tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Data lebih mudah diakses dari mana-mana dan pada bila-bila masa dengan data Protech Corporate yang menyediakan ciri keselamatan, ketersediaan tinggi, dan daya tahan. Ia disediakan bagi kegunaan perniagaan daripada 450TB, RAM sehingga 64GB, penstoran sementara sehingga 400GB dan lebar jalur sehingga 100GB

You might also like