

Apa relevannya saya suruh anda kemas bilik sekarang? Nampak macam tak ada kena mengena kan, baca sampai habis dulu. Mungkin waktu korang kemas tu terjumpa telefon lama, lagi elok kalau masih berfungsi. Apa nak buat dengan telefon tu? Bawa telefon tu ke pusat Maxis sekitar kawasan korang sebab sekarang ni Maxis baru je melancarkan program trade in untuk iPhone 6S dan 6S Plus yang baru.
Kalau ada telefon lama macam Nokia 3310 pun boleh trade in dengan nilai RM 240, menarik kan?! Anda cuma perlu pastikan:
- Phone boleh On dan Off dan boleh mengakses IMEI
- Paparan skrin berfungsi dan tidak retak
- Tiada butang yang rosak / hilang atau mempunyai sarung yang retak
- Ciri “Find My iPhone” tidak dikunci (untuk iPhone sahaja)
Kalau telefon lama cukup kriteria:
- Bawa telefon yang memenuhi kriteria “telefon berfungsi” ke mana-mana sahaja Pusat Maxis di seluruh negara
- Kakitangan Maxis akan lakukan proses pengesahan
- Trade in telefon anda dan nikmati penjimatan sehingga 65% bagi yuran Zerolution selama 24 bulan